PENGUMUMAN
 
Info Ujian dan Peperiksaan
i. Setara 1 (10-14 Mac 2014)

ii. Peperiksaan 1/2 Tahun (07-27 Mei 2014)

iii. Percubaan Penilaian Tingkatan 3/ Setara 2 (11-15 Ogos 2014)

iv. Percubaan SPM (25 Ogos – 11 September 2014)

v. Peperiksaan Akhir Tahun (08-31 Oktober)
 

 
 
CONTACT US
 
SMK CHERAS PERDANA (BEA 4617)

LORONG CP 5/39,
TAMAN CHERAS PERDANA
BT 9 3/4, 43200 CHERAS,
SELANGOR.

TEL: 03-90769576      
FAKS: 03-90750210
 
 
WAKTU PEJABAT
Isnin – Khamis
8.00pg -1.00tgh
1.00tgh – 2.00 tgh (Rehat)
2.00tgh – 5.00 ptg
 
Jumaat
8.00pg – 12.15 tgh
12.15 tgh – 2.45 ptg (Rehat)
2.45ptg – 5.00 ptg


View Larger Map

 
SCAN THIS
 

 
FACEBOOK
 

 
PAGEVIEWS
 
 
 
 
VISI
 
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
 
MISI
 
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

LENCANA SEKOLAH
 
 
Buku
Singa 
Gelung Rotan
Berjabat Tangan
Mata Pen 
Merah
Biru 
Kuning 
Putih 
- Budaya Membaca
- Berani
- Penyertaan Sukan
- Tanda Persahabatan
- Kecemerlangan Akademik
- Berani kerana benar
- Cinta akan Sekolah
- Kedaulatan Undang-Undang
- Kebersihan Hati dan  Keluhuran Budi

 
MOTO / SLOGAN SEKOLAH
 
Dedikasi Teras Kecemerlangan
(Dedication Towards Excellence)
Sentiasa komited untuk mencapai kecemerlangan dalam semua aspek
 
FALSAFAH SEKOLAH
 
Mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya menjadi warganegara yang beragama, berdisiplin, berilmu, berakhlak, berkemahiran, bertanggungjawab dan bermaruah tinggi dalam usaha mencapai serta mematuhi aspirasi negara dan ummah.

Menanamkan nilai-nilai kepimpinan melalui teladan secara pembinaan sahsiah yang tinggi dan melatih mereka dengan memberi penekanan  kepada  perpaduan  negara melalui kesungguhan mencapai prestasi akademik yang tinggi dan bersedia untuk bekerja kuat bagi menuju masa depan yang cemerlang.
 
MATLAMAT SEKOLAH
 
SMK Cheras Perdana Mencapai Lonjakan Saujana Cemerlang dalam Akademik, Kokurikulum dan Sahsiah Pada Tahun 2013

Kami warga SMK Cheras Perdana akan memastikan kurikulum dan kokurikulum sentiasa cemerlang, sahsiah dan disiplin terpuji dalam persekitaraan yang kondusif dan harmoni berteraskan pengurusan pentadbiran yang telus serta cekap dibantu dengan komuniti yang erat
 
- Memastikan  Kurikulum cemerlang dan sentiasa menunjukkan peningkatan dari segi  kuantiti dan kualiti .
- Memastikan Kokurikulum sentiasa cemerlang melalui pendekatan inovatif
- Memastikan  sahsiah  dari  aspek unsur rohani, emosi dan disiplin guru dan murid sentiasa terpuji.
- Membina keceriaan  fizikal sekolah yang selamat  dan persekitaran  yang kondusif untuk pengajaran dan
   pembelajaran.
- Berusaha membentuk budaya kepimpinan dan pengurusan pentadbiran yang telus, cekap  dan cemerlang
- Membina hubungan komuniti pintar yang erat dan mengamalkan Budaya ICT
 
LAGU SEKOLAH
 
DEDIKASI CEMERLANG

SMK Cheras Perdana
Kujulang namamu di puncak negara
Kukuh megah berdiri
Waja bergerak maju
Seutuh semangat kami wargamu
 
Kreatif dan kritis menjana ilmu
Berkeimanan berketrampilan
Gigih dan beramanah
Mengharung perjuangan
Kejayaanmu pasti di genggaman
 
SMKCP Dedikasi Cemerlang
Kau tetap kebanggaanku
Budaya Ilmu kujadikan amalan
Pasti namamu kujulang
 
Globalisasi agenda terkini
Merealisasi wawasan negara
Harapan keluarga juga agama
Kuabadikan di SMKCP
 
SEJARAH SEKOLAH
 
      Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Perdana (SMKCP) telah mula beroperasi pada Disember 1995.  Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini menumpang sementara selama setahun di SK Bandar Tun Hussein Onn.  Pada masa itu, bilangan murid lebih kurang 600 orang.  Murid-muridnya terdiri daripada empat Kelas Peralihan dan 11 kelas Tingkatan Satu.

      Sebagai sekolah baru dan menumpang pula di sekolah lain, timbul beberapa masalah yang melibatkan pentadbiran dan bangunan. Kelas-kelas dan pejabat yang berkongsi, kegiatan sukan dan kokurikulum terhad, memanglah menyulitkan.  namun begitu SMKCP tetap cuba menjalankan segala aktivitinya dengan cara yang terbaik.
 Kini, SMKCP telah berpindah ke bangunan  sendiri di kawasan taman perumahan iaitu di Taman Cheras Perdana pada Januari 1997.  Pada 04 Julai 1998, sekolah ini dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Seri Najib Tun Razak yang menjadi Menteri Pelajaran pada masa itu.  Seterusnya kelas Tingkatan 3 telah dibuka pada tahun 1997 dan telah menunjukkan keputusan PMR yang agak memberangsangkan.  Calon pertama di sekolah ini mengambil peperiksan SPM pada tahun 1999.  Kemudiannya sekolah ini melaksanakan Program Sekolah Bestari mulai tahun 2000 dan dinaik taraf ke sekolah gred A pada tahun 2001.
 
      Pengurusan SMKCP sentiasa berusaha untuk cemerlang dalam Akademik, Sahsiah dan Kokurikulum. Aspek 3K (Keselamatan, Kesihatan, Kebersihan) juga diutamakan dengan menambah baik prasana sekolah, menyediakan ruang yang kondusif kepada warga sekolah dengan kerjasama komuniti dan PIBG. Tempat belajar di luar bilik darjah yang selesa dan juga menambahkan keceriaan sekolah serta memastikan keselamatan sekolah dan warganya terjamin.
 Warga SMKCP terus berusaha untuk memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan berdasarkan teras PIPP bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan Malaysia serta merealisasikan visi dan misi SMK Cheras Perdana.
 
 
EXTERNAL LINKS
 

 
© 2013 SMK Cheras Perdana All Right Reserved.